World Clock..

Lawak??

Alkisah ada Seorang ibu dengan 3 menantu dari ketiga-tiga puterinya yang cantik-cantik, sang ibu mertua ingin tahu apakah ketiga menantunya itu sayang kepada mertuanya atau cuma putrinya saja.

Dia lalu memutuskan menguji mereka secara bergantian. Suatu hari dia mengajak menantu pertama naik perahu motor ke tengah laut. Di sana dia sengaja menjatuhkan dirinya dari perahu & terlempar ke dalam air laut. Sang menantu tanpa pikir panjang langsung terjun menyelamatkan ibu mertuanya.
Besoknya ketika keluar rumah, sang menantu pertama melihat mobil Nissan Livina terparkir di depan rumah, & secarik kertas bertulisan “Dari ibu mertuamu”.

Giliran menantu ke-2 yang diajak ke tengah laut. Sekali lagi sang mertua pura-pura terjatuh & terlempar keluar perahu. Menantu kedua ini melupakan pakaian & dompetnya, langsung terjun demi menyelamatkan mertua tercinta.
Besoknya di depan rumah menantu ke-2 terparkir Toyota Alphard, disertai kertas bertuliskan “Dari ibu mertuamu”

Ketika giliran menantu ke-3 diajak ke tengah laut, sang mertua kembali melakukan gerakan terjun bebas. Tapi, malangnya kali ini sang menantu bercekak pinggang memandang ibu mertuanya yang tercungap-cungap di dalam air.
Sempat-sempatnya dia berkata, “Rasakan kau!”, sambil berputar membawa perahunya ke darat. Besok harinya ketika menantu ini keluar rumah, di depan rumahnya terparkir Mercedes Benz S-Class terbaru beserta kertas bertuliskan, “Dari ayah mertuamu”

DIFFERENCES BETWEEN WIFE AND GIRLFRIEND

Wife is like TV,
girlfriend is like Hand phone (HP)

At home watch TV
Go out bring HP.

No money, sell TV.
Got money change HP.

Sometimes enjoy TV
But most of the time play with HP.

TV free for life
HP, if you don't pay, services terminated

TV is big, bulky and most of the time old
HP is cute, slim, curvy, portable at any time.

Operational cost for TV is often acceptable
HP is high and often demanding,

Most Important......
TV got remote.. HP don't have..

Last but not least..........

TV never get virus, but HP yes........... have VIRUS................ aids ..... so better choose wisely

Konspirasi Syi'ah Dalam Peristiwa Karbala


KONSPIRASI SYI’AH DALAM PERISTIWA KARBALA

Apabila membicarakan tentang Hari Ashura yang jatuh pada tanggal 10 Muharam setiap tahun maka kita tidak dapat menghindarkan diri dari memperkatakan tentang peritiwa Karbala yang begitu menyayat hati. Peristiwa tersebut merupakan kisah di mana Saidina Hussain r.h yang merupakan cucunda Rasulullah s.a.w dan juga anak kepada Saidina Ali r.h telah dibunuh dengan kejam di sebuah tempat yang bernama Karbala di Iraq. Rentetan dari peristiwa ini terdapat upacara-upacara khas yang dianjurkan pada Hari Asyura dengan cara yang amat bertentangan dengan syarak. Malah kelompok Syiah juga telah mempergunakan peristiwa Karbala ini demi untuk meraih simpati umat Islam kepada kelompok mereka seolah-olah mereka ingin menggambarkan bahawa merekalah satu-satunya kelompok yang membela Ahlul Bait [keluarga Rasulullah]. Melalui makalah ini penulis akan membentangkan kisah sebenar disebalik pembunuhan Saidina Hussain di Karbala.

PERISTIWA KARBALA

Apabila Mu’wiyyah r.a meninggal dunia maka anaknya Yazid bin Mu’awiyyah r.h telah diangkat menjadi penggantinya. Perlantikan Yazid ini telah dipersetujui [bai’ah] oleh majoriti para sahabat Nabi yang masih hidup termasuk para Ahlul Bait serta masyarakat Islam. Namun begitu penduduk Kufah yang rata-ratanya berfahaman Syiah telah menolak kepimpinan Yazid dan ingin melantik Saidina Hussain sebagai khalifah yang baru. Lalu penduduk Kufah termasuk tokoh-tokoh Syiah menulis surat kepada Saidina Hussain menjemput beliau ke Kufah untuk tujuan tersebut. Mereka bukan sekadar berjanji akan taat setia kepada kepimpinan Saidina Hussain malah mereka sanggup untuk menghunus senjata demi membela beliau serta menjatuhkan kerajaan Bani Umaiyah pimpinan Khalifah Yazid. Mendengarkan sokongan yang padu dari penduduk Kufah maka beliau mengutuskan Muslim bin ‘Aqil untuk meninjau keadaan sebenar di Kufah. Saidina Hussain memaklumkan khabar berita ini serta niat beliau untuk ke Kufah kepada para sahabat serta ahli keluarga beliau bagi mendengar pandangan mereka. Namun demikian para sahabat terkemuka serta ahli keluarganya seperti ‘Abdullah Ibnu Abbas, Muhammad bin al-Hanafiyah, ‘Abdul Rahman bin Hisyam al-Makhzumi, ‘Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib, Abdullah bin Muti’ al-Afdawi, ‘Amru bin Sa’id, ‘Abdullah bin ‘Umar, Abu Sa’id al-Khudri dan lain-lain telah menentang niat Saidina Hussain tersebut. Mari kita lihat beberapa ungkapan kata-kata mereka terhadap Saidina Hussain.

‘Abdullah bin Abbas r.a berkata: “Wahai sepupuku bagaimana anda boleh bersabar sedangkan saya tidak boleh bersabar. Saya bimbang anda akan binasa jika anda meneruskan hasrat anda itu. Penduduk Iraq adalah orang-orang yang suka memungkiri janji. Janganlah anda terpedaya dengan pujukan mereka.” – Dinukil dari buku Kesalahan-Kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah Yang Perlu Diperbetulkan Semula karya Prof. Dr. Ibrahim Ali Sya’wat, diterjemahkan oleh Dr Basri Ibrahim, terbitan Jahabersa, cetakan 2005 Kuala Lumpur, ms. 208.

‘Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib pernah menulis kepada Saidina Hussain sepucuk surat. Antara kandungan surat tersebut ialah:

“Saya sangat mengharapkan agar anda benar-benar merenung isi kandungan surat ini. Saya sebenarnya amat kasihan dengan anda kerana bimbang kalau-kalau anda akan binasa dan keluarga anda pula akan terhapus. Jika sekiranya anda binasa hari ini, akan padamlah cahaya bumi. Anda adalah salah seorang tokoh yang menjadi ikutan masyarakat dan harapan orang-orang mukmin. Janganlah anda tergesa-gesa bertolak ke Iraq. – Di nukil dari buku Kesalahan-Kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah Yang Perlu Diperbetulkan Semula karya Prof. Dr. Ibrahim Ali Sya’wat, ms. 209.

‘Abdullah bin Jaafar bukan sekadar menghantar surat bertujuan untuk menghalang Saidina Hussain dari meneruskan rancangannya untuk ke Kufah, malah beliau juga telah meminta ‘Amru bin Sa’id, Gabenor Khalifah Yazid di Makkah untuk memujuk Saidina Hussain agar membatalkan hasratnya tersebut. Namun begitu Saidina Hussain tetap berkeras untuk berangkat ke Kufah. Mungkin timbul persoalan di benak hati para pembaca tentang kenapa para sahabat serta ahli keluarganya membantah niat beliau untuk ke Kufah. Maka di sini penulis senaraikan beberapa sebab berkaitan dengan bantahan tersebut:

1) Mereka dapat menghidu helah golongan Syiah di Kufah yang sememangnya terkenal dengan pengkhianatan mereka terhadap Umat Islam. Mereka inilah kelompok yang telah menyokong ‘Abdullah Ibnu Saba’, terlibat dalam pembunuhan ‘Uthman bin ‘Affan r.a, mengkhianati Saidina ‘Ali serta abang Saidina Hussain yakni Saidina Hassan r.a. Mereka berpandangan sokongan kuat yang menurut khabarnya datang dari penduduk Kufah hanyalah palsu dan tindakan mereka ini merupakan dalih mereka untuk menimbulkan susana kacau-bilau di dalam masyarakat Islam.

2) Yazid bin Mu’awiyyah adalah seorang khalifah yang telah dibai’ah oleh majoriti umat Islam, dikalangan para sahabat-sahabat utama dan juga ahli keluarga Rasulullah s.a.w.. Maka dari sisi syarak perlantikan beliau sebagai khalifah adalah sah. Terdapat larangan dari Rasulullah s.a.w. untuk memberontak terhadap pemerintah yang telah dilantik umat Islam secara sah.

Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

Sesiapa telah mengangkat [telah bersetuju melantik] seorang pemimpin kemudian memberikan kepadanya uluran tangannya dan buah hatinya [sebagai tanda persetujuan], maka hendaklah dia [orang yang mengangkatnya] mentaatinya sedaya mungkin. Maka jika datang orang lain yang menentangnya, hendaklah mereka membunuh yang terakhir[penentang].
Aku [‘Abdul Rahman bin ‘Abdi Rabbil Kaabah] bertanya [kepada ‘Abdullah bin ‘Amr]: Apakah kamu mendengar ini dari Rasulullah s.a.w.?
Dia [‘Abdullah bin ‘Amr] menjawab: Aku mendengar [hadis ini] dengan kedua telingaku dan difahami oleh hatiku. – Hadis Riwayat Imam Abu Dawud, no: 3707.

Ada pula yang beranggap bahawa Khalifah Yazid tidak memiliki ciri-ciri kepimpinan yang baik serta beberapa tuduhan tentang sifat-sifat buruk juga telah dilemparkan terhadapnya. Jika tuduhan ini benar sekalipun Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan umatnya untuk tetap taat kepada pemerintah yang pada zahirnya masih Islam walaupun dia seorang yang zalim. Sabda Rasulullah s.a.w:


Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang kamu cintai mereka dan mereka mencintai kamu. Kamu mendoakan mereka, mereka pula mendoakan kamu. Pemimpin yang jahat ialah pemimpin yang kamu membenci mereka, mereka juga membenci kamu dan kamu melaknat mereka, mereka juga melaknat kamu.
Baginda ditanya: “Tidak bolehkah kami perangi mereka dengan pedang?”
Jawab Baginda: “Tidak, selagi mana mereka mendirikan solat. Ingatlah, sesiapa yang dikuasai penguasa, lalu dia dapati penguasa itu melakukan maksiat kepada ALLAH, dia hendaklah membenci maksiat tersebut namun jangan mencabut tangan dari ketaatan.” - Hadis riwayat Imam Muslim no. 1855.

Oleh itu mereka membantah niat Saidina Hussain untuk menyertai malah mengepalai pemberontakan penduduk Kufah tersebut

3) Mereka juga khuatir tindakan Saidina Hussain ini akan menimbulkan pertumpahan darah sesama umat Islam dan akan melemahkan persatuan umat.

4) Mereka bimbang akan keselamatan Saidina Hussain dan ahli keluarganya yang berkemungkinan akan dkhianati oleh penduduk Kufah atau diserang oleh tentera Khalifah Yazid.

Ternyata pujuk rayu mereka gagal untuk menghentikan hasrat beliau untuk ke Kufah. Kenapa agaknya Saidina Hussain tetap berkeras untuk ke Kufah? Jawapan Saidina Hussain adalah seperti berikut:

Saya telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w. dan saya telah melakukan sesuatu yang telah ditentukan kepada saya tanpa mengira ia mendatangkan keburukan kepada diri saya atau memberikan keuntungan kepada saya.
Lalu ‘Abdullah bin Yahya berkata: Apakah mimpi anda itu?
Jawab al-Hussain: Saya tidak dapat menceritakannya kepada seseorangpun, malah saya tidak boleh memberitahu kepada seseorangpun sehingga saya bertemu dengan Tuhan saya – Rujuk Tarikh al-Umam wa al-Muluk, jilid 4, ms. 388. Penulis nukil dari buku Kesalahan-Kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah Yang Perlu Diperbetulkan Semula, ms. 270.

Sebenarnya sikap Saidina Hussain ini memiliki persamaan dengan ‘Uthman bin Affan. Ketika rumah ‘Uthman dikepung oleh para pemberontak, para sahabat serta umat Islam telah menawarkan bantuan untuk menghancurkan kepungan tersebut. Namun ‘Uthman menolak pelawaan tersebut demi untuk mengelak pertumpahan darah sesama umat Islam. Namun demikian motivasi sebenar ‘Uthman adalah hadis Rasulullah s.a.w yang mengkhabarkan bahawa beliau akan mati syahid.

Dari Qatadah, bahawa Anas r.a menceritakan kepada mereka, dia berkata: Nabi s.a.w. mendaki gunung Uhud bersama Abu Bakar, ‘Umar, serta ‘Uthman. Tiba-tiba Uhud bergoncang. Baginda bersabda: Tenanglah wahai Uhud – aku kira baginda memukulnya dengan kakinya – tak ada di atas mu kecuali seorang Nabi, Shiddiq dan dua syahid. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 3697.

Ternyata al-Shiddiq itu gelaran bagi Abu Bakar r.a manakala ‘Umar telah syahid ketika menjadi khalifah, maka ‘Uthman berpendapat bahawa seorang lagi yang bakal syahid menurut sabda Rasulullah s.a.w. tersebut adalah beliau sendiri. Itulah sebabnya ketika pemberontak menyerbu rumah ‘Uthman, beliau tetap menghalang para sahabat yang ada di situ untuk membantunya lalu berkata:

Saya bersabar menghadapi janji yang telah dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w. kepada saya. Saya akan berhadapan dengan kematian saya sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.. – rujuk Tarikh al-Umam wa al-Muluk karya Imam al-Tabari, ms. 391-392. Penulis nukil dari buku Kesalahan-Kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah Yang Perlu Diperbetulkan Semula, ms. 265.

Malah al-Tabari juga melaporkan bahawa ‘Uthman tidak menghalang pemberontak untuk membunuhnya kerana:

Uthman telah bermimpi pada malam kejadian, Nabi s.a.w. datang menemuinya dan berkata kepadanya: Saya harap anda dapat berbuka bersama dengan kami pada malam ini. – Tarikh al-Umam wa al-Muluk, jilid 4. ms. 383. Penulis nukil dari buku Kesalahan-Kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah Yang Perlu Diperbetulkan Semula, ms. 265.

Tentang syahidnya ‘Uthman dan Saidina Hussain maka Prof. Dr Ali Sya’wat berkata:

Tidakkah pembaca bersama dengan penulis yang pendirian yang diambil oleh al-Hussain adalah sama dengan pendirian yang diambil oleh ‘Uthman bin ‘Affan? Keduanya melihat kematian sebagai sesuatu yang sudah pasti berada dihadapannya. Keduanya juga telah dinasihati oleh keseluruhan orang-orang yang ikhlas yang berada disamping mereka. - Rujuk buku Kesalahan-Kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah Yang Perlu Diperbetulkan Semula, ms. 271.

Apabila mendengar pergerakan rombongan Saidina Hussain ke Kufah maka Yazid memerintahkan gabenor beliau di Basrah iaitu Ubaidullah bin Ziyad serta tenteranya untuk berangkat ke Kufah bagi memantau pergerakan Saidina Hussain serta kebangkitan orang-orang Kufah. Tindakan Yazid bukanlah sesuatu yang sukar untuk difahami bagi mereka yang arif dalam bidang politik. Mana-mana pemimpin pasti akan berwaspada sekiranya terdapat ura-ura bahawa pemberontakan bakal terjadi dan ianya bukan sahaja boleh menggugat tampuk pemerintahannya malah akan menggugat kestabilan politik umat Islam pada masa itu. Harus kita semua fahami bahawa arahan dari Yazid hanyalah untuk memantau atau memerhatikan sahaja pergerakan Saidina Husain dan penduduk Kufah tersebut dan tindakan hanya perlu diambil sekiranya mereka terlebih dahulu memulakan serangan. Berikut merupakan pesanan Yazid kepada Ubaidullah bin Ziyad:

Saya mendapat tahu bahawa Hussain telah menuju ke Iraq. Oleh itu berkawallah di kawasan-kawasan perbatasan negeri. Sesiapa yang diragui, tahanlah dia dan sesiapa yang tertuduh tangkaplah dia. Tetapi jangan engkau perangi kecuali orang yang memerangi mu dan tulislah selalu kepada ku tentang apa yang berlaku. – Al-Bidayah Wa al-Nihayah, jilid 8, ms. 165. Dinukil dari artikel Syiah Pembunuh Sayyidina Hussain di Karbala yang ditulis oleh Mawlana Muhammad Asri Yusoff.

Suasana rai Ramadan di Makkah 700 tahun lalu


Ibn Batuttah gambarkan Baitullah gemerlapan, penduduk beribadat sepanjang malam

PENGEMBARA agung Islam, Ibn Battutah banyak mengungkap mengenai kehidupan, budaya dan tempat menarik sepanjang 29 tahun mengembara bermula dari tanah kelahirannya di Tangiers, Maghribi pada 1325 (700 Hijrah) meliputi Afrika Utara, Semenanjung Arab, Balkan, Parsi, India, Kepulauan Melayu dan China. Ibn Battutah tidak melepaskan peluang untuk memberi gambaran sambutan Ramadan di kalangan penduduk Makkah ketika kunjungan ke Kota Suci itu. Berikut ialah catatan Ibn Batuttah, lebih 700 tahun lalu yang dipetik daripada buku Pengembaraan Ibnu Battutah (Rihlah Ibn Battutah).

Apabila anak bulan Ramadan muncul, gendang serta kompang dipalu di rumah Amir Makkah dan suatu persediaan hebat dibuat di Masjidil Haram. Hamparan diganti baru, lilin dan obor ditambah sehingga Baitullah bergemerlapan cahaya, berseri-seri dan gilang-gemilang.





Melayu Umno..!!!


T
ak abih2 dengan Melayu. Getik teman. Macamler UMNO jer yang Melayu. Walaupun udah lebih suku abad merintah, UMNO masih lagi bangga dengan assobiyahnya. Nabi pun getik. Islam memang benci pada assobiyah. Masyarakat Arab jahilyah jer yang amalkan assobiyah. Heran sungguh teman dengan UMNO ni. Mende yang Nabi tak suka itu yang menjadi amalan UMNO.

Kemudian canang sana, canang sini yang Melayu itu Islam, Islam itu Melayu. Islam dan Melayu mana boleh dipisah2kan. Iniler yang didodoikan oleh UMNO sejak bayi Melayu dalam boyan lagi. Udah tua bangkepun masih tidor dalam dodoian UMNO.

Apaler UMNO ni, pasai lilin pun nak bising. UMNO lupaker yang dalam Piagam Madinah ada 24 fasal yang menyentuh akan hubungan dan tanggungjawab orang Islam dengan bukan Islam. Selagi orang bukan Islam patuh pada hukum hakam Islam, selagi ituler orang Islam wajib melindungi atau xapa2kn mereka.

Mendiang Teoh meninggal secara misteri. Boleh rosakker akidah MB Nizar semata2 memegang lilin sebagai tanda simpati? UMNO buat apa? Apapun tidak. Semua tunggu dahulu ulasan simpati daripada PM dan TPMnya. Lepaih tu baru berebut2 mengiyakan apa sajer yang dicakap oleh PMnye. Sebijik macam kerbau dicucuk hidung.

Rakan2 assobiyah UMNO iaitu Gerakan dan MCA segera mendesak kerajaan menubuhkan satu Suruhanjaya Bebas untuk menyiasat kematian secara misteri ini. Tak terdengorpun ada bahagian atau cawangan UMNO yang beria2 mendesak kerajaan semacam desakan Gerakan dan MCA. Maknanya UMNO tidak melindungi bukan Melayu. Bukan Melayu adalah tanggungjawab parti bangsanye jer. Orang Cina adalah urusan Gerakan dan MCA. Orang India adalah urusan MIC. Jadi dimanakah Islamnya Melayu UMNO itu? Nak kata memenuhi masjid semayang lima waktu tidak juga …

Majoriti pengundi PAS adalah Melayu. Pemimpin PAS rata2nya adalah Islam Melayu. Tetapi Melayu bukanler merupakan pra-syarat untuk memimpin PAS. PAS adalah parti yang dipimpin oleh orang Islam. Islam Cinapun boleh memimpin PAS.

Begitu juga dengan PKR. Majoriti pimpinan utama PKR adalah Melayu. Melayu yang menghormati hak2 sebagai manusia tanpa mengira bangsa dan agama. Ingat Piagam Madinah. Selagi bukan Islam patuh pada hukum hakam Islam, selagi ituler mereka yang bukan Islam mesti dilayan secara manusia. PAS lebih arif tentang Islam. PKR telah memahami Islam yang sebenar. DAP baru belajar tentang Islam. Sedangkan UMNO walaupun telah memerintah separuh abad, tetap masih gagal memahamkan rakan2 assobiyahnya tentang Islam.

Teman sebagai bangsa Melayu merasa malu dengan assobiyah UMNO ini. Sepatutnye assobiyah ini semakin kendur bukannya semakin tegang. UMNO lebih sayangkan kuasa pemimpinnya daripada rakyat Melayu yang mendokong pemimpin tersebut. Harapan untuk UMNO mengekalkan kuasa hanyalah pada Melayu di kampung2.

Salah teman juga. Bila udah merantau ke bandar, jarang bebenor balik ke kampung. Kalo balikpun cuma nak makan durian. Tak sempat berlabun bertanya khabo. Tak bermalampun. Anak2 tak boleh tidor. Takut hantu. Senja ade bunyi kuang kuang kuit kuit. Malam ada bunyi katak berketak kah kah kah. Tingkap dan pintu takde grill. Paling lewat lepas isyak, teman sekeluarga dh balik ke bandar. Tinggailer orang kampung dalam boyan yang didodoi oleh UMNO. Ade yang udah melompat. Ade juga yang mati lena dalam boyan itu.

Nur Ramadan: Rasulullah puasa ketika musafir


IBNU Abbas menyatakan bahawa Rasulullah SAW hendak keluar ke Makkah dalam bulan Ramadan.

Baginda terus saja berpuasa sehinggalah sampai ke tempat bernama Kaib (mata air) yang terletak di antara Usfan dan Qudaid.

Di Kaib Rasulullah berbuka puasa lalu sahabat yang bersamanya turut berbuka puasa. No1846 (Sahih Bukhari)

haha..tgk2..

tgk r link2 ni...

lemah semangat jgn tgk..

baca cerita seram kat..

http://www.geocities.com/king125zr/ceritaseram.html

http://www.activeboard.com/forum.spark?forumID=1623&subForumID=191135&p=2

http://www.phero-max.com/cerita_seram.html

www.seram.com..rsenya dh kene banned r website ni..gler seram..

Hafidz Hassan