World Clock..

Tentera AS mungkin terus berada di Iraq


WASHINGTON 25 JULAI - Perdana Menteri Iraq, Nuri Al-Maliki membayangkan kemungkinan tentera Amerika Syarikat (AS) akan terus berada di Iraq selepas penghujung 2011 iaitu tarikh akhir yang ditetapkan bagi pengunduran tentera AS di Iraq, di bawah perjanjian dua hala yang dicapai pada tahun lepas.
"Selaras dengan perjanjian dua hala itu, kehadiran tentera Amerika di Iraq akan tamat pada akhir 2011".
"Namun demikian, jika tentera Iraq memerlukan latihan dan bantuan lanjut, kami akan mengkaji jadual ini pada waktu itu nanti berdasarkan keperluan Iraq," kata Maliki ketika berucap di Institut Keamanan AS, di sini kelmarin.
Kenyataan beliau itu dibuat, kurang sebulan selepas askar AS berundur dari pekan dan bandar-bandar di Iraq, membayangkan satu perubahan, kerana pegawai Iraq dan AS sebelum ini menyatakan tarikh akhir 31 Disember 2011, itu adalah muktamad.
Sementara itu, Presiden Barack Obama ketika bercakap kepada pemberita ketika menerima kunjungan Maliki di White House pada Rabu lalu, sekali lagi menegaskan, AS akan menunaikan komitmennya untuk mengundurkan semua askarnya dari Iraq selewat-lewatnya akhir 2011.

0 ulasan:

Catat Ulasan